Archive for the Pekeliling Guru Besar Category

Kebenaran Meninggalkan Tugas

Posted in Pekeliling Guru Besar on 01/06/2010 by nbz60

Salam untuk warga pendidik dan bukan pendidik.

Mengikut pekeliling berkaitan tugas yang baru dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran malaysia, tuan-tuan dibenarkan meninggalkan tugas harian selama 4 jam sehari atas urusan peribadi. Jika urusan peribadi tersebut melebihi 4 jam, saudara/saudari dinasihatkan mengambil cuti rehat.

Saudara juga boleh mengambil separuh atau suku dari kebenaran 4 sehari ini dan menggunakan lebihan waktu kemudahan ini pada hari yang lain.

Namun begitu, kemudahan ini tertakluk kepada kebenaran Guru Besar dan pihak tuan/puan hanya dibenarkan keluar sebanyak 2 kali sebulan. Ini bermakna tuan/puan boleh keluar selama 8 jam sebulan dalam masa bertugas.  Kebenaran dan kemudahan ini juga tidak boleh dibawa kehadapan seperti cuti rehat.

Tuan/puan juga dikehendaki mengisi borang yang boleh diperolehi di pejabat untuk diisi dan dihantar ke pihak pengurusan. Kebenaran dan kemudahan ini berkuatkuasa mulai hari ini 1 Jun 2010.

Norman Zainal

Buku Rekod Mengajar (Pek.GB1/2010)

Posted in Pekeliling Guru Besar on 18/03/2010 by nbz60

Semua guru SKSI yang dihormati,

Mulai minggu pertama April 2010, buku rekod mengajar hendaklah dihantar selewat-lewatnya petang jumaat minggu berkenaan. Sekiranya tuan/puan tidak dapat menghantarnya seperti yang dikehendaki, sila hantar jam 7.00 pagi Isnin minggu berikutnya.

Terima kasih.

Guru Besar