Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarakh

Salam untuk semua

Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua warga SKSI, pelajar dan ibubapa. Sama-samalah kita menjadikan bulan yang lebih baik dari seribu bulan ini sebagai bulan untuk menambahkan atau menokok mana yang kurang dalam ibadah kita kepada Allah subhawataala.

Sebagai pendidik, ada masanya kita terkurang dari apa yang sepatutnya kita berikan kepada anak didik kita. Oleh itu sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, marilah sama-sama kita menambah mana-mana yang terkurang. Usahlah kita berkira sangat dengan masa yang kita gunakan. Jika kita terlebih dari memberi dari yang sepatutnya, anggapla ia semata-mata ibadah kita kepada Allah Subhawataala.

Ulamak kata, bulan ramadhan ini adalah bulan untuk bersedekah. Jika kita tidak bersedekah dalam bentuk fizikal, sedekah kita dalam bentuk ilmu juga akan mendapat balasan yang senilai. Yang penting, sedekah kita adalah ikhlas dan semata-mata kerana Allah SWT.

Kepada siswa siswi SKSI, jadikanlah bulan Ramadhan ini sebagai bulan yang paling baik untuk melatih diri sentiasa bersabar menghadapi dugaan dan berupaya menyelesaikan pelbagai masalah dalam apa jua situasi.

Bagi calon-calon UPSR, tidak makan dan minum di siang hari ini, tidak bermakna pelajar tidak perlu belajar. Teruskan usaha pelajar semua untuk memperolehi 5A dalam UPSR.

Sebagai seorang pelajar Islam, percayalah bahawa Allah akan membantu lebih banyak pada bulan Ramadhan ini. Oleh itu, disamping menyiapkan diri iaitu berusaha bersungguh-sungguh, pelajar juga mesti menggunakan kesempatan untuk berdoa sebanyak mungkin di bulan yang barakah ini. Percayalah bahawa doa-doa orang yang berpuasa itu akan sentiasa dimakbulkan tuhan.

Sekali lagi Selamat Berpuasa untuk semua warga SKSI.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: