Salam Untuk Warga SKSHK

Posted in Pemimpin Anda on 22/02/2011 by nbz60

Salam untuk semua warga SKSHKompleks.  Salam juga kepada warga SK Serting Hilir.

Dengan updatenya blog ini bermakna, blog ini saya khususkan untuk warga SKSH Kompleks. Ini tidak bermakna, warga SKSI telah saya lupakan. Anda semua masih segar dalam ingatan saya. Malahan SKSI dan semua warganya, tidak akan hilang dari ingatan ini.

Bagi warga SKSH Kompleks, saya memang suka berblog. Semasa di SKSI, saya amat menggalakkan warga SKSI berblog samada menggunakan blog sekolah atau menggunakan blog sendiri.

Blog sebenarnya adalah medium yang sangat baik yang boleh digunakan untuk pelbagai tujuan dan objektif. Sebagai warga pendidik, blog boleh digunakan untuk kita menyampaikan atau berkongsikan pelbagai maklumat atau kemahiran kepada rakan-rakan atau kepada pelajar kita.

Blog juga boleh digunakan untuk meluahkan perasaan atau apa sahaja yang anda rasa dan hendak dikongsikan dengan pelawat atau pembaca blog anda. Blog juga boleh digunakan untuk menjalin perhubungan dan persahabatan dengan pelbagai lapisan masyarakat atau pelbagai bangsa.

Lihat sahaja bagaimana FaceBook telah menjadi satu ruang untuk seluruh penghuni dunia untuk menjalin ikatan persahabatan, mencari sahabat yang telah hilang, tempat untuk bertemu jodoh, tempat untuk membuat pengumuman atau jemputan atau tempat untuk mengiklankan perniagaan.

Oleh itu, marilah sama-sama berblok. Gunakanlah blog sekolah kita untuk anda menyampaikan mesej atau pesanan atau berkongsikan pengetahuan sesama kita dan dunia luar.

Anda juga boleh berblog dengan membina blog sendiri melalui blogspot.com atau blogpress.com atau blog berbayar anda sendiri. Linkkan dengan blog sekolah.

Sekian untuk kali ini.

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarakh

Posted in Pemimpin Anda on 10/08/2010 by nbz60

Salam untuk semua

Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua warga SKSI, pelajar dan ibubapa. Sama-samalah kita menjadikan bulan yang lebih baik dari seribu bulan ini sebagai bulan untuk menambahkan atau menokok mana yang kurang dalam ibadah kita kepada Allah subhawataala.

Sebagai pendidik, ada masanya kita terkurang dari apa yang sepatutnya kita berikan kepada anak didik kita. Oleh itu sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, marilah sama-sama kita menambah mana-mana yang terkurang. Usahlah kita berkira sangat dengan masa yang kita gunakan. Jika kita terlebih dari memberi dari yang sepatutnya, anggapla ia semata-mata ibadah kita kepada Allah Subhawataala.

Ulamak kata, bulan ramadhan ini adalah bulan untuk bersedekah. Jika kita tidak bersedekah dalam bentuk fizikal, sedekah kita dalam bentuk ilmu juga akan mendapat balasan yang senilai. Yang penting, sedekah kita adalah ikhlas dan semata-mata kerana Allah SWT.

Kepada siswa siswi SKSI, jadikanlah bulan Ramadhan ini sebagai bulan yang paling baik untuk melatih diri sentiasa bersabar menghadapi dugaan dan berupaya menyelesaikan pelbagai masalah dalam apa jua situasi.

Bagi calon-calon UPSR, tidak makan dan minum di siang hari ini, tidak bermakna pelajar tidak perlu belajar. Teruskan usaha pelajar semua untuk memperolehi 5A dalam UPSR.

Sebagai seorang pelajar Islam, percayalah bahawa Allah akan membantu lebih banyak pada bulan Ramadhan ini. Oleh itu, disamping menyiapkan diri iaitu berusaha bersungguh-sungguh, pelajar juga mesti menggunakan kesempatan untuk berdoa sebanyak mungkin di bulan yang barakah ini. Percayalah bahawa doa-doa orang yang berpuasa itu akan sentiasa dimakbulkan tuhan.

Sekali lagi Selamat Berpuasa untuk semua warga SKSI.

Selamat Bercuti

Posted in Pemimpin Anda on 04/06/2010 by nbz60

Salam untuk semua warga pendidik dan siswa/siswi SKSI

Selamat bercuti untuk semua. Walaupun cuti yang pendek, diharapkan rakan pendidik dapat sedikit rehat untuk meluruskan segala urat dan ketegangan setelah selama 5 bulan sepanjang tahun 2010 ini bertungkus lumus melaksanakan segala program dan perancangan 2010 di samping tugas harian di bilik darjah.

Saya percaya sebahagian saudara tidaklah berapa cuti sangat kerana ada kelas-kelas tambahan yang telah diatur dalam cuti ini. Tahniah dan setinggi penghargaan kepada saudara/saudari yang sanggup mengorbankan cuti demi kelansungan pencapaian cemerlang anak-anak didik kita di SKSI ini.

Bagi siswa-siswi, cuti untuk berehat seketika. Ini tidak bermakna anak-anak semua cuti segala-galanya. Cuti hanya tidak pergi ke sekolah sahaja. Pembelajaran mesti diteruskan.

Rasullah pernak bersabda: “Belajarlah sehingga keliang lahat”  Ini bermakna, dalam proses kita belajar ini, sebenarnya tiada hentinya. Walaupun secara resminya, mulai esok, anak-anak akan bercuti, buku dan kerja-kerja latihan masa cuti tidak boleh diabaikan.

Bagi anak-anak yang berada di tahun 6, kelas tambahan masa cuti ini adalah sesuatu yang WAJIB dihadiri. Saya akan dapatkan maklumat kehadiran semua pelajar tahun 6 dari guru berkenaan.

Sebenarnya cuti antara semester ini bukan cuti untuk pelajar tahun 6. Ini adalah masa untuk mengukuhkan persediaan anak-anak menghadapi UPSR bulan September ini. Gunakanlah cuti yang sangat berharga ini secara bijak dan bermanafaat khususnya persediaan anak-anak menghadapi UPSR anda semua.

Akhir sekali, selamat bercuti sekali lagi untuk semua warga pendidik dan semua siswa-siswi SKSI.

Kebenaran Meninggalkan Tugas

Posted in Pekeliling Guru Besar on 01/06/2010 by nbz60

Salam untuk warga pendidik dan bukan pendidik.

Mengikut pekeliling berkaitan tugas yang baru dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran malaysia, tuan-tuan dibenarkan meninggalkan tugas harian selama 4 jam sehari atas urusan peribadi. Jika urusan peribadi tersebut melebihi 4 jam, saudara/saudari dinasihatkan mengambil cuti rehat.

Saudara juga boleh mengambil separuh atau suku dari kebenaran 4 sehari ini dan menggunakan lebihan waktu kemudahan ini pada hari yang lain.

Namun begitu, kemudahan ini tertakluk kepada kebenaran Guru Besar dan pihak tuan/puan hanya dibenarkan keluar sebanyak 2 kali sebulan. Ini bermakna tuan/puan boleh keluar selama 8 jam sebulan dalam masa bertugas.  Kebenaran dan kemudahan ini juga tidak boleh dibawa kehadapan seperti cuti rehat.

Tuan/puan juga dikehendaki mengisi borang yang boleh diperolehi di pejabat untuk diisi dan dihantar ke pihak pengurusan. Kebenaran dan kemudahan ini berkuatkuasa mulai hari ini 1 Jun 2010.

Norman Zainal

Tahniah

Posted in Pemimpin Anda on 01/06/2010 by nbz60

Salam untuk semua warga SKSI

Agak lama saya tidak updatekan blog ini. Kesibukantugasan harian menyebabkan saya kekurangan masa untuk berbloging. Ini bukan bermakna saya lupa dengan untuk berbloging. Malahan saya sentiasa menggalakan tuan/puan sentiasa menggunakan medium seperti blog ini untuk mengutarakan sebarang cadangan, pendapat, kemahiran, ilmu, pertanyaan, kemusykilan dan sebagai untuk tatapan kita semua khususnya warga SKSI..

Semalam, 31 Mei 2010 bertempat di Sek Men Dato Abd Razak, Sungai Gadut Seremban, saya dengan YDP PIBG En. Osman telah berada di sana untuk menerima Anugerah UPSR 2009.

Untuk makluman rakan-rakan guru dan bukan guru serta semua warga SKSI, sekolah kita telah menerima 3 Anugerah iaitu pencapaian GPS di bawah 2.1, Peratus 5A melebihi 10% dan Peningkatan 5A.

Tahniah kepada semua guru SKSI dan semua warga SKSI termasuk PIBG yang telah menyumbang kejayaan yang kita perolehi ini. Bukannya mudah untuk mencapai kejayaan seperti ini lebih-lebih lagi sebagai sebuah sekolah kampung di mana rata-rata pelajarnya terdiri dari anak-anak kampung ditambah lagi dengan keadaan sekolah kita yang mungkin kurang selesa bagi pelajar dan guru-guru serta warganya.

Tapi berkat kerjasama, kesungguhan, ketabahan dalam menghadapi pelbagai kekurangan, keinginan dan cita-cita yang sentiasa meruap-ruap untuk bersaing dan berjaya serta tanpa mengenal jemu untuk memastikan kejayaan anak-anak kita di SKSI ini, akhirnya kita berjaya mencipta kejayaan yang sangat membanggakan kita semua.

Harapan saya sebagai pengurus sekolah ini, kejayaan yang kita perolehi ini tidak akan berhenti setakat ini. Kejayaan ini perlu diteruskan. Kita perlu cipta kejayaan yang lebih besar.

Keringat dan komitmen saudara-saudari semua amat saya perlukan lagi. Ketabahan dan kesungguhan saudara-saudari perlu diteruskan lagi. Kesabaran menghadapi karenah anak-anak kita khususnya yang akan mengambil peperiksaan UPSR tahun ini, amat saya perlukan lagi.

Anggaplah anak-anak yang berada di Tahun 6 itu sebagai anak-anak kita yang sebenar. Anggaplah kita adalah ibu dan bapa mereka yang sebenar. Didiklah, asuhlah, ajarlah, berilah kemahiran yang perlu, belailah mereka, dengarlah rintihan mereka, curahkanlah segala ilmu yang ada, bimbinglah mereka, sedarkanlah mereka, gunakanlah pelbagai kemahiran dan muslihat untuk memastikan mereka belajar dan bersedia untuk upsr mereka, jangan biarkan mereka leka. Pendek kata, sayangi dan kasihilah mereka sebagaimana kita menyayangi anak-anak kita yang berada di rumah.

Insya Allah, kita bakal mencipta kejayaan seterusnya…

Jutaan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada saudara-saudari semua. Mohon seribu maaf. Saya tidak mampu untuk memberikan penghargaan berbentuk material atas jasa dan sumbangan saudara saudari semua. Hanya tuhan yang Maha Esa akan membalas jasa dan pengorbanan saudara semua.

Terima kasih dan jumpa lagi pada post akan datang.

“Ikutilah Pemimpin Anda”

Norman Zainal

Amanat 2

Posted in Pemimpin Anda on 26/04/2010 by nbz60

Salam Untuk Warga Pendidik SKSI

Terlebih dahulu saya mohon maaf kerana agak lama tidak updatekan blog ini.  Komitmen terhadap tugasan pengurusan mahupun di peringkat sekolah dan Daerah, membataskan masa saya untuk berblog. Namun begitu ini tidak bermakna saya tidak mahu berblog lagi atau hangat-hangat tahi ayam.  Saya akan terus berblog. Saya akan terus menghantar pelbagai berita, maklumat atau arahan yang tidak sempat saya sampaikan kepada saudara/saudari dalam takalah limat atau mesyuarat.

Blog adalah medium terbaru dan terkini sebagai satu kaedah atau tool untuk komunikasi dua hala yang amat berkesan kepada pelbagai golongan seperti pemimpin negara, ahli politik, pelbagai group, peniaga, pendidik atau sesiapa sahaja. Melalui blog kita boleh sampaikan pelbagai maklumat, berita, arahan atau apa sahaja yang boleh diekses oleh sesiapa sahaja diseluruh dunia tanpa sempadan.

Sebagai seorang pendidik, saya amat menyarankan saudara/saudari sentiasa terkehadapan dengan teknologi komunikasi ini agar saudara saudari menjadi contoh terunggul untuk anak didik saudara/saudari semua. Tunjukkan kepada mereka bahawa guru mereka adalah pendidik yang menguasai teknologi maklumat. Tunjukkan kepada mereka bahawa guru mereka adalah kumpulan guru yang tidak buta ICT.

Tunjukkan kepada anak didik kita bahawa kita berupaya menggunakan teknologi ICT untuk menyampaikan maklumat, kemahiran dan ilmu kepada mereka. Kita sentiasa melaung-laungkan kepada mereka agar menguasai ICT. Buktikan kepada mereka bahawa kita tidak semata-mata bercakap kosong. Jangan kita dikatakan ibarat ketam mengajar anaknya berjalan betul, sedangkan ia sendiri tidak boleh berjalan betul.

Dalam dunia pendidikan hari ini, kita tidak boleh lagi semata-mata menggunakan ilmu dan kemahiran lama yang ada pada kita. Kita perlu dan mesti menggunakan segala teknologi baru dan gabungkan dengan teknologi lama yang ada pada kita untuk memastikan anak-anak didik kita sentiasa duduk sama tinggi dengan kanak-kanak di negara maju. Ilmu dan kemahiran yang perlu ada pada anak didik kita tidak boleh lagi dalam ruang lingkup tempatan semata-mata. Mereka perlu terkehadapan dan setaraf dengan kanak-kanak di negara maju.

Jesturu itu, sebagai pendidik kepada kumpulan yang akan menentukan samada negara kita boleh maju pada 2020, kita perlu berilmu dan berkemahiran seperti pendidik di negara maju.  Kuasailah ICT. Gunakan blog untuk menyampaikan ilmu dan kemahiran kepada anak-anak didik kita. Galakkan mereka sentiasa melayari blog sauadara saudari untuk mengekses maklumat atau kemahiran yang tidak sempat disampaikan dalam bilik darjah.

Saudara/saudari yang dihormati semua,

Dengan berblog, ini tidak bermakna, p & P tidak perlu dilakukan di bilik darjah. Seperti yang saya katakan tadi, blog hanyalah sebagai satu kaedah komunikasi dua hala yang sangat efektif. Saudara/saudari perlu melakukan P & P dalam bilik darjah seperti biasa. Blog hanyalah sebagai nilai tambah teknologi pengajaran dan pembelajaran. Hanya yang saya nak tekankan di sini ialah, saudara menggunakan teknologi ini untuk menambahbaikkan teknologi pengajaran dan pembelajaran yang sedia ada pada kita.

Kita mahu anak-anak didik kita menjadikan dunia ICT ini sebagai sebahagian dari kehidupan mereka.  Tidak ada sesiapapun yang boleh membantu mereka kecuali kita yang telah diamanahkan untuk menjadikan mereka sentiasa kehadapaan dari segi kemahiran, ilmu, fikiran dan pandangan.

Oleh itu, saudara/saudari sekalian, gunakanlah antara medium terbaik  ini untuk merialisasikan hasrat dan harapan negara kita yang mahukan negara kita menjadi negara maju menjelang 2020. Berbloglah dengan pemimpin anda. Berbloglah dengan anak-anak didik anda.

Wassalam.  Ikutilah pemimpin anda.

Selamat Kembali Ke Sekolah

Posted in Pemimpin Anda with tags on 19/03/2010 by nbz60

Salam untuk semua,

Setelah bercuti lebih kurang seminggu, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat kembali ke sekolah. Walaupun boleh dikatakan sebahagian besar dari saudara/saudari sentiasa berulang alik ke sekolah walaupun cuti seminggu, namun saya percaya saudara/saudari sekurang-kurangnya  telah mendapat sedikit rehat dan melepaskan ketegangan yang wujud sejak dari awal persekolahan yang lalu.

Sebagai guru atau lebih tepat lagi sebagai pendidik,  tugas dan tanggung jawab kita adalah amat besar dan luas serta memerlukan pengorbanan yang amat besar.  Jika kakitangan awam yang lain bertugas semasa cuti, mereka dibayar dengan pelbagai elaun lebih masa dan sebagainya. Tetapi sebagai seorang guru, tugas yang kita hulurkan semasa cuti, tidak pernah dibayar atau diberi elaun tertentu.

Jesteru itu sebagai pemimpin anda semua, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi penghargaan kepada semua Guru Penolong Kanan, Guru Bertugas dan semua guru yang mengajar kelas-kelas tambahan dalam cuti semata-mata untuk kepentingan dan kelansungan pendidikan anak-anak yang ada di SK serting ilir ini.

Bagi kakitangan bukan guru, samada yang berada di pejabat, bilik ICT atau dilapangan kebun dan kolam, saya juga tidak lupa untuk mengucapkan setinggi penghargan. Jika anda tidak memberikan kerjasama, proses pendidikan berterusan dalam masa cuti tidak akan dapat berlaku.

Terima kasih dan setinggi penghargaan untuk anda semua sekali lagi. Ingatlah bahawa “Sekolah yang cemerlang muncul apabila semua guru dan kakitangannya cemerlang” Anda tahu ??… “Anda semua adalah cemerlang..”

Guru Besar.